Buceros rhinoceros

Enggang badak (Jawi: ‏اڠݢڠ بادق‎code: ms is deprecated ‎, bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbillcode: en is deprecated ) ialah salah satu daripada burung-burung enggang terbesar di dunia, yang mana burung dewasa boleh mencecah panjang 110-127 cm (43-50 inci) dan berat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Ia hanya terdapat di dalam hutan hujan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan tidak melebihi 1300 m dari paras laut.[3]Nama saintifiknya ialah Buceros rhinoceros. [4] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [5] Ia juga pernah direkodkan oleh Alfred Russel Wallace di Sarawak pada tahun 1855, semasa lawatan beliau ke pulau Borneo.[6]. Di Sarawak, spesies ini dikenali sebagai Kenyalang.[7] Ia merupakan burung rasmi negeri Sarawak.[8] Dalam kepercayaan adat sesetengah penduduk Dayak termasuk orang Iban, burung Enggang Badak atau Kenyalang mewakili dewa perang mereka iaitu Sengalang Burong yang merupakan jelmaan Helang Merah.